hati sedih,,,sayu,,,cemburu pun ada gak tp cemburu ke arah kebaikn melihat psgn suami isteri yg hidup bahgia,,,tatakala aq terkenang zaman kegemilanga yg mengingatkn aq kembali saat2 bersama dgn org yg amat2 aq syg tp nk wat mcm mn ini yg di katakn takdir dan kt sbg hambanyNya tidak boleh melawan takdir,,,setelah hampir dua tahun peristiwa ini berlaku namun bayangan'y sering menghatui hidup aq dan kenangani indah serta pahit hidup bersama'y sukar utk aq padam dlm memori ingatanku buat ms ini,,,Aq bersyukur sgt kehadrat ILLAHI krn telah mengurniakn aq seorg PUTERI yg akan menemani perjlnan hidup aq nanti,,,DIA lah permata hati ku,,,pengubat dikala aq sakit,,,penghibur dikala aq sunyi,,,bagiku DIA penguat semangatku,,,Hati aq sedih sgt bila melihat telatah kanak2 yg sebaya dgn usia'y,,,terasa ingin saja aq pulang dan mendakap'y dgn erat tanpa pernah aq melepaskn'y,,,terbayang saat2 ketika aq ingin meninggalkn'y,,,msh segar dlm ingatanku kata yg diungkapkn,,,"ibu,,,mw ke mana?,,,ibu jgn tinggalkn kkan,,,"tangisan'y membuatkn hati ini terasa amat sakit yg teramat sgt,,,walaupn DIA msh kecil dan tidak mengerti apa2 namun DIA tahu yg aq akan meninggalkn'y,,,,andai saja DIA mengerti ingin saja aq katakn,,,"SAYANG,,,ibu minta maaf krn ibu harus menyambung pelajaran utk ms depan kt,,,IBU berjanji akan belajar bersungguh2 utk mencari pekerjaan yg baik,,,supaya ibu dpt membesarkn HANA,,,2gu ibu pulang syg",,,,perpisahan yg amat menyakitkn,,,sembilan bulan dua hari dalam kandungan ku bawa DIA kemn saja aq pergi namun,,,setelah kelahiran'y aq tinggalkn tp aq akan kembali itu janji ku dan smga Allah s.w.t memberkati stp apa yg aq lakukan,,,Kini aq pertaruhkn ms depan ku dan org yg aq syg,,,smga KEJAYAAN + KEBAHAGIAAN milikku jua DUNIAKHIRAT,,,amin
Selasa, 5 April 2011
Sabtu, 2 April 2011
super IMAN vs super NAFSU
Suatu pagi yang hening ketika berkumandangnya azan subuh,
Iman : Bos, bangun ! Dah masuk waktu subuh ni.
Syaitan @ Nafsu : Alah... Baru azan bos. Tidur la lagi.
Iman : Bangun bos ! kalau bangun awal dan siap awal boleh solat jemaah di masjid
Syaitan @ Nafsu : Belum iqomat lagi. Nanti dah qomat baru la bos bangun.
15 minit selepas azan berkumandang...
Iman : Bos, masjid dah qomat tu. Jom bangun, solat di masjid !
Syaitan @ Nafsu : Tak payah la pergi masjid. Solat di rumah pun sah juga bos. Tidur dulu. Waktu subuh panjang lagi ni.
Selepas 59 minit berlalu, dia terjaga dari tidurnya...
Iman : Bos dah lewat ni, jom solat !
Syaitan @ Nafsu : Alang-alang dah lewat, baik bos terus tidur je. Nanti boleh qodho' solat tu.
Boleh dikatakan setiap pagi kita akan melalui situasi seperti di atas. Di mana kita perlu memilih antara memenangkan iman ataupun syaitan dan nafsu kita. Kalau iman yang kita pilih, maka kita akan bangun menunaikan solat subuh dengan segera. Tapi jika syaitan dan nafsu yang menjadi pilihan maka kita akan tangguh dan tangguh menunaikan solat. Lebih malang lagi jika kita terus tidur sehingga habisnya waktu subuh. Banyak lagi situasi yang memerlukan kita membuat pilihan sama ada memenuhi kehendak iman ataupun nafsu dan syaitan. Syaitan akan membutakan mata kita dan menjadikan dosa dan maksiat yang kita lakukan nampak indah. Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 63 yang bermaksud
"Demi Allah, sungguh Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad), tetapi syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan mereka (yang buruk), sehingga dia (syaitan) menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan mendapat azab yang sangat pedih".
Begitulah sahabat-sahabat sekalian, syaitan dan nafsu menggoda kita agar lalai dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Ada saja alasan dan cara yang diberikan kepada kita supaya kita mengikut telunjuk dia. Kreatif dan liciknya makhluk Allah yang bernama syaitan ini dalam menyesatkan anak cucu nabi Adam. Mereka bersungguh-sungguh menggunakan waktu yang diberikan oleh Allah ini untuk mengumpul pengikutnya sebanyak yang boleh untuk bersama-sama mereka di neraka kelak. Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 6 yang bermaksud
"Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala".
Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggoda manusia. Jika plan atau strategi pertama tidak menjadi maka dia akan ubah kepada plan kedua dan begitulah seterusnya sehingga manusia terkulai dengan pujuk rayu syaitan. Nau'zubillah. Contohnya jika mereka tidak berjaya menghalang manusia dari melakukan ketaatan maka mereka akan menusuk pula jarum riak ke dalam diri manusia agar berbangga dengan amal kebaikan yang dilakukan. Apabila ada sebesar zarah riak yang timbul pada setiap amal yang kita lakukan maka amalan itu akan tertolak. Syaitan memang mahukan kita miskin pahala dan kaya dengan dosa.
Itulah antara kelebihan syaitan, tidak pernah putus asa dan licik serta kreatif dalam menggoda manusia. Kelemahan kita manusia pula ialah sering termakan dengan tipu daya mereka. Manusia yang sering leka dan lalai dari mengingati Allah adalah sasaran yang paling mudah untuk ditumpaskan dan dikalahkan oleh godaan syaitan ini berbanding mereka yang selalu mengingati Allah. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 201 yang bermaksud
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)".
Sahabat sekalian, jangan biarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan sekiranya tidak mahu dihumban ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia yang derhaka dengan perintah Allah. Jikalau kita mampu untuk menahan azab Allah di akhirat kelak, maka berbuatlah sesuka hati di di dunia ini dan turutilah telunjuk syaitan. Tapi jika kita mahu menikmati keindahan syurga kelak maka berkorbanlah menahan keinginan nafsu dari melakukan perkara yang dimurkai Allah dan berhentilah dari terus menerus mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan tidak mampu untuk menolong dirinya sendiri apatah lagi kita diakhirat kelak. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud
"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih".
Satu kata-kata hikmah yang berbunyi
"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan"
Oleh itu sahabat, jangan biarkan diri lalai dan leka sehingga memudahkan syaitan menggoda kita. Pelajarilah 2 sifat syaitan iaitu tidak mudah putus asa dan kreatif. Jadilah orang yang tidak putus asa dengan rahmat Allah dan orang yang kreatif dalam menolak segala pujuk rayu syaitan laknatullah. Moga kita dijauhkan oleh Allah dengan makhluk yang bernama syaitan ini. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 200 yang bermaksud
"Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan membaca a'uzubillahi minassyaitanirrajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui".
Rabu, 23 Mac 2011
Rabu, 2 Mac 2011
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....
seLamat uLang TahuN ke-26,,,,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM MUHASABAH DIRI WAT SUME,,,ESPECIALLY TO MY SELF
hepy bfday to me,,,
hepy bfday to my dear young sister,,,
hepy bfday to we,,,
hepy bfday owez,,,
hari ini genap sudah usia ku ke angka 26,,,dan hari ini mrpkn titik prmulaan yg br buat diri ku krn cabaran yg sebenar br bermula,,,selama ini aq sering lalai dgn keseronokan dunia yg bersifat sementara tanpa aq sedari bhwa perjlnan ku masih jauh dan cabaran yg sebenar br bermula,,,,hr ini juga mrpkn hr kelahiran adq aq yg BONGSU dan awal2 lg dia dh wish "hepy bfday"coz dia nk tido awal esok ada pertandingan netball kat sekolah dia,,,hr ni jgk emak aq ada coll n tanya kabar ttg pljrn aq n wat pertama kali'y emak aq tanya ttg pljrn aq,,,errrmmm SYUKUR AL-HAMDULILLAH,,,aq xhairan klu emak aq xtnya ttg aq pnya pljra coz aq taw emak aq xkn ambil kisah tp aq xmarah coz emak aq anak yatim so pendidikn pn setakat mn je so xlh pentingkn pelajaran,,,walau mcm mn pn aq tetap SAYANG SANGAT kat emak coz dia dh byk brkorban wpun ape yg aq ingini selama ini jarang di penuhi namun,,,aq tetap bersyukur krn aq msh ada EMAK n BAPA,,,brskrg aq sedar bhwa aq SAYANG SANGAT kat my parents,,,errmm dh umur mcm ni br lh tersedar dr lamunan tp xpe aq redha dgn ketetapanNYA krn aq tahu Allah s.w.t merancang yg trbaik wat aq di masa hadapan,,,ade pepatah english mengatakn "BETTER LATE THAN NEVER" so aq ni di kira bernasib baik lerrr coz dh terjaga dr lamunan yg sia2,,,,smga usia aq yg tinggal xpasti sampai bila ni dpt aq gunakn dgn sebaik2'y,,,harapan ku smga hr ni lbh baik dr semlm dn hr esok lbh baik dr hr ini,,,amin
menghitung masa,,,
menghitung hari,,,
detik demi detik,,,
masa ku nanti pasti kn tiba,,,
usia ku semakin meningkat,,,
tahun 2010 ku tinggalkn,,,
melakar kenangan yg cukup indah,,,
kenangan yg pasti,,,
namun ia tidak boleh berulang lagi,,,
ia hanya sekadar kenangan,,,
tahun 2011 menjelang,,,
usia ku semakin meningkat,,,
adakah kenangan itu masih segar?????
atau pun pudar di telan masa?????
aq menghitung masa,,,
menanti detik 3 mac 2011,,,
debaran di hati semakin kencang,,,
aq tidak pasti kenapa dan mengapa?????
yang pasti aq sedang menanti??????
hari kelahiran ku yang ke 26 tahun,,,
semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas,,,
semoga saat ini lebih bermakna lagi,,,
semoga aq akan berubah menjadi yang lebih baik lagi,,,
semoga kenangan tahun ini lebih indah dari tahun2 lepas,,,
detik demi detik,,,
masa ku nanti pasti kn tiba,,,
usia ku semakin meningkat,,,
tahun 2010 ku tinggalkn,,,
melakar kenangan yg cukup indah,,,
kenangan yg pasti,,,
namun ia tidak boleh berulang lagi,,,
ia hanya sekadar kenangan,,,
tahun 2011 menjelang,,,
usia ku semakin meningkat,,,
adakah kenangan itu masih segar?????
atau pun pudar di telan masa?????
aq menghitung masa,,,
menanti detik 3 mac 2011,,,
debaran di hati semakin kencang,,,
aq tidak pasti kenapa dan mengapa?????
yang pasti aq sedang menanti??????
hari kelahiran ku yang ke 26 tahun,,,
semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas,,,
semoga saat ini lebih bermakna lagi,,,
semoga aq akan berubah menjadi yang lebih baik lagi,,,
semoga kenangan tahun ini lebih indah dari tahun2 lepas,,,
Ahad, 27 Februari 2011
hari minggu,,,,errrmmm....
assalamualaikum dan selamat berhujung minggu,,,,letih'y br balik dr umah kkak,,,ermmmm minggu ni cdg xnk balik tp nk wat mcm mn kkak sulung yg dr sabah datang so kena jgk lh balik nk kena jumpa coz dh lm gak aq xjpa my sis 2,,,homework byk xsettle lg ni n esok ade class awal pg so mlm ni kena settle kn gak,,,,,,
hr ni agak malang gak nasib aq coz aq trsalah naik KTM,,,dh lh aq ni bkn reti sgt jln2 kat cni,,,errmmm ni gara2 syok sgt brgayut dgn my prend kat phone sampai trsalah nk KTM dh,,,,nasib baik hari msh terang klu dh mlm mesti aq dh glabah,,,,eeeeeegggg,,,aq ni bkn'y tkt tp aq pelupa ckit nti klu hr dh gelap aq xtaw plk jln nk balik asrama,,,hehehe,,,,
ape lh nasib aq ni 2lh abg ipar dh nk hantar aq tolak plk issssssss,,,,,,,,aq sbnr'y cian n xnk menyusahkn abg ipar aq 2 lgpn aq taw klu dia htr aq sampai asrama msti dia lewat msk class coz hr ni pn dia ade class,,,aq ni di ketogerikn adq ipar yg baik hati dan xsuke nk susahkn org ln coz biar lh aq bersusah2 skrg utk kesenangan masa hadapan,,,,
adq2 sebilik aq ni blm balik lg so agak bosan gak tp klu ade sume msti kecoh nk byk story2 yg baru n yg berulang2,,,,hehehe,,,ape2 pn cpt2 lh balik rindu plk nk gaduh2,,,huhuhusssssssss,,,,,,,,,,,
Khamis, 24 Februari 2011
cerpen "senyuman terakhir"
setiap insan yg bercinta impikan sebuah kehidupan yg bahagia suatu hari nanti namun,,,,kita hanya merancang hanya Allah swt yg menentukn,,,,begitulh cite cerpen yg aq baca ni,,,kisah cinta IZAM & MAIRA yg saling menyintai namun ALLAH swt lbh menyayangi mahluk'y,,,Izam telah di jemput oleh Allah swt pd hari kelahiran'y dgn senyuman terakhir izam meninggalkn mairah buat selama'y,,,sungguh mairah xsangka senyuman yg paling manis yg pernah mairah lihat rupa2'y senyuman trakhir drp izam,,,pd malam sblm mereka sempat mkn bersama izam telah di rempuh sebuah kereta ketika hendak mengambil jam tangan pemberian mairah,,,ketika itu segala-gala'y berlaku dgn begitu pantas,tubuh izam tergolek di jalan raya dan mairah kaku melihat kejadian itu,,,senyuman itu merupkn senyuman yg terakhir dr IZAM,,,
Rabu, 23 Februari 2011
LUCU + KESIAN PN ADA,,,,
"bersyukur di atas kurniaan Allah swt,,,"
errmmm,,,hari demi hari aq tgk penyakit kwn aq 2 smkin teruk lhhhh,,,,penyakit ni xperlu mkn ubat mcm sakit demam,,,,xperlu ponteng class klu nk sembuh,,,,tp perlukn byk brdoa supaya pnyakit ni cpt2 sembuh,,,,cian gak aq tgk dgn org yg trkena penyakit ni coz dia wat diri dia malu sndiri lerrr,,,dr smlm aq tgk dia smkin teruk dan bertambah parah plk 2,,,,bukan ape'y,,,cian bh,,,,,nk tolong mcm mn erk,,,xde ubat'y,,,,awal2 pg lg dia dh kena,,,kwn2 dia ape lg suke lh nk usik dia,,,YA ALLAH ko jauhkn lh hamba mu dr semua ni,,,,buat rakan seperjuangan ku bykkn bersabar n brdoa smga penyakit ni cpt sembuh,,,amin
SEMUA SENYAP NI APE HAL.....
Hr ni suasana dlm doom agak sunyi ckit xmcm biasa,,,ape kes ni?aduh,,,,pening plk kepala ni?errmmm msti ade something wrong ni????????tp ape erk?aduh aq ni sbg kkak xkn xtaw kot,,,,mcm mn nk jd pemimpin klu hal2 remeh-temeh pn xtaw nk settle tp aq btl2 xtaw ape kes?buat adq2 seDOOM dgn aq klu blh elak2 lh bermasam muka takut nti xsempat mtk maaf,,,lgpn syaitan telah meraihkn kemenangan selagi kita bermasam muka sesama sndiri and xelok lerrr mcm 2 hanya krna perkara kecik je,,,,come on gurlz,,,,smga Allah swt membuka pintu hati rakan2 ku agar saling memaafkn,,,amin,,,,
Selasa, 22 Februari 2011
nikmatnya berpuasa,,,,
alhamdulillah....syukur dgn izin Allah swt aq dtp gak berpuasa pada hari ni dan insyaAllah hari2 yg akan dtg plk...sungguh aq tak pernah merasa nikmat berpuas yg amat2 seronok almaklum dulu2 zaman jahiliah so emak suh pose pn wat xtaw je n than skrg bile dh besar br aq sedar nikmat sebenar berpose,,,,dh beberape hr dh ni aq pose sampai kengkawan pn hairan coz pose ganti dh byr dh,,,,tp aq ckp ale,,,aq pose sunat je,,,sbnrye byk lg pose aq yg xtrganti maklum zaman dulu mn lh aq reti nk ganti2 pose ni,,,ape2 pn aq mmg seronok dgn berpose coz aq dpt elak diri aq dr buat perkara2 yg xberfaedah n member pn xde lh ajak aq wat perkara2 yg membuang masa n yg paling penting kengkawan takut plk 2 nk JUAL KETUPAT dkt aq coz mrk taw yg aq sdg berpose,,,hahahaha....kn dh kurang dose,,,errmmm mmg byg sgt faedah klu kt berpose even nk wat sstu pn kena fikir effect dulu sblm buat(takut pahala kurang),,,bkn lh nk ckp yg aq pose ni semata2 nk dpt ganjaran at least aq dpt elak benda2 yg xberfaedah serta bertamadun,,,,hehehehe,,,ape2 pn sungguh agung Allah swt krn telah memberikn aq nikmat berpose dan smkin hari hati ku smkin bertambah tenang bh,,,,utk semua kengkawang JOM kita BERPUASA,,,,semga Allah swt sentiasa memberkati dan merahmati ape yg kita lakukan ,,,,AMIN YA RABB,,,
![]() |
| marilh kita sama2 berpuasa,,,JOM PUASA |
Ahad, 20 Februari 2011
salam maulidur rasul 1432H
assalamualaikum wbt,,,,
selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw dan syukur ku panjatkn krn hr ni aq msh bisa menghirup udara yg segar dgn izinNya,,,smlm aq telah mengikuti prgm sambutan MAULIDUR RASUL yg di ada kn di PPR LAKSMANA,CHERAS,,,sungguh truja aq bila melihat umat islam berkumpul tanpa mengira usia dan bangsa,,,aq dan rakan2 bergerak seawal jam 6pm dan tempat yg km nk gi bkn jauh sgt dlm 10minit pn dh sampai,,,br je sampai kat sana km telah di jemput utk minum petang coz dewan yg km kunjungi br je hbs prgam tp prgm xsame yg ni prgm bekas2 tentera,,,alangkh brtuahnya aq di lahirkn di malaysia yg aman lg makmur serta rakyat yg berbilang bangsa saling membantu,,,berbalik kpd cerita maulidur rasul td aq nk cite 1st time aq msk surau yg tptnya kat bwh umah flat yg cantik ala2 masjid dan siap dgn segala kelengkapan serta hiasan yg indah dan memukau jgk lerrr coz itukn surau bknnya masjid pn,,,ape yg lhb menarik lg penceramah di jpt has dr YAMAN plk 2,,,,huhuhuhusssssssss,,,klu xsilap aq name penceramah 2 "AL-HABIB TAHIR"aq sungguh trpukau bila beliau berkata2 ape xnya kata2 pembuka dh pn dpt mengegarkn hati nurani ku dgn kalimat suci Allah,,,nasib baik ade yg translate dia pnya ckp al maklum beliau dtg dr yaman,,,sungguh agung dan besarnya kekuasaan Allah swt krn walaupn xsame bangsa tp dpt berkumpul menyemarakkn lg sambutan maulidur rasul,,,,penceramah yg dtg smlm bukan calang2 orgnya ade plk 2 dr PALEMBANG,,,wow amat2 menarik dan klu blh majlis ilmu spt ini akan di adakn lg dgn lbh kerap,,,selain dpt dgr ceramah ade pertandingan tilawah al-quran,membaca puisi,,,hafazan dan byk lg lh aktiviti dan yg plg syok skli of course lerrr time makan,,,byk gelagat yg aq dpt tgk dr usia yg kecil shgga usia yg dh lanjut,,,suasana kat c2 jgk mcm ade artis yg dtg siap dgn juru kamera yg pelbagai peringkat jgk,,,,ape2 pn aq seronok sgt dpt g sambutan maulidur rasul smlm dan klu ade lg majlis mcm ni aq nk ikut lg,,,,"SALAM MUHASABAH DIRI WAT SUME" smga Allah s.w.t memperkenankn sgla doa dan permudahkn sgla urusan kita di dunia yg fana ini,,,amin ya RABB,,,,
Sabtu, 19 Februari 2011
salam satu malaysia,,,salam satu IPB,,,,
assalamualaikum w.b.t
errrmmm,,,,penat sungguh hari ini coz aq ni asyik tukar2 n renovate aq pnya blog al-maklum org baru dlm blog katakn so trlalu excited nk tukar2,,,ade je benda yg nk di tukar walhal benda xde lh menjadi malah memenatkn ade lh tp xpe lh coz aq mw bljr nk wat blog aq ni cantik n sedap mata memandang,,,huhuhusssssss,,,,sbnr'y aq nk kongsi satu cite ttg aktiviti smlm yg di jlnkn kat ipb ni,,,seronok mmg seronok coz tema yg mereka pilih 2 mmg mantap lerrr,,,,ade aktiviti senam seni satu m'sia plk 2?hahaha,,,wat 1st time aq ikut senam2 yg mcm ni,aq xde lh pandai tp aq bantai je,,,jnji aq buat n puas hati gak lerrr,,,,bnyak sgt aktiviti ade lakonan,,,,berbalas pantun,,,,ceramah n yg paling best time CEO IPB bg ucapan iaitu encik LEE,,,aq mmg kagum dgn cr dia berckp,,,brucap n cr dia jln pn mmg penuh keyakinan,,,sejak aq study kat cni ni dh kali ke-3 aq dgr dia berucap mmg sntiasa bertenaga lh,,,ape erk rahsia dia and lagi satu dia seorang yg xlokek dgn senyuman serta caring sgt dgn dia pnya student kat cni,,,patut lh name dia famous je time aq baru masuk kat cni,,,ape2 pn dia ni blh di jadikn contoh klu nk ikut perdebatan,,,,aq bangga menjadi pelajar kat IPB,,,IPB HEBAT DI ANTARA YG TRHEBAT,,,,
Khamis, 17 Februari 2011
assalamualaiku w.b.t,,,,
Syukur kehadrat Allah s.w.t krn hr ini kt di beri peluang utk bernafas dan menikmati kehidupan dunia seblm kt kembali kpdNya,,,hr ini aq ada prsntation group yg bertajuk" aku ingin ke syurga "....pd permulaan cite ni aq xberapa suke krn byg sgt unsur2 yg xbaik di tunjukkan krn takut plk adq2 yg msh blm matang brfikir melihat cite ni terpengaruh,,,namun,phujung cite ini amat menyayat hati dan pengoranan seorang ibu yg pd suatu ketika dulu sering di kasari oleh anaknya sendiri sanggup utk mjaga anaknya yg sedang sakit ketika menunggu ajal....cite ni juge mbuat aq rs nk pulang je peluk ibu aq,,,sedih sgt time tgk cite ni namun air mata ku xde lh sampai mengalir coz malu kat member2 so aq pendam je lh air mata ku....enth mcm mn lh aq time wat prsntation ni erk?????coz aq ni jenis mengelabah br je nk ckp seluruh badan dh bergetar,,,,mcm nk demam pn ade,,,,mcm mn aq nk buang tabiat aq ni???????aq ni bkn'y jenis pemalu sgt tp.....time nk ckp kat org ramai mesti ade je xkena...errrmmmm,,,,what shout i do erk?aq kena berzikir lh sblm wat prsntation smga Allah s.w.t permudahkn segalanya,,,,amin....k lh aq dh nk siap2 g class ni takut plk terlewat,ape2 pn sblm i cheek out renungkan lh kata2 ni ye,,,,sbg peringata wat diri ku n teman2 seperjuangan,,,,insyaAllah....
" SEBELUM MATA TERPEJAM,,,,
IKHLASKN HATI UTK SALING MEMAAFKN,,,,
DUNIA HANYALH TEMPAT PERSINGGAHAN,,,,
SEKADAR MENUMPANG SBLM PULANG,,,, "
Ahad, 6 Februari 2011
yahooo....
assalamualaikum,,,
huhuhusss,,,,baru je sampai hostel ni skrg tgh bz nk kemas brg,,,errmmm...esok ada class tp nasib baik petang klu x,,,mesti penat sgt n mesti xfocus dlm class,,,,yayaya,,,k lh nk kemas barang dulu,,,,
Selasa, 25 Januari 2011
Ahad, 23 Januari 2011
aq dan hari ini,,,
hari ini,,,
ada apa dengan hari ini???
mengapa dengan hari ini???
kenapa dengan hari ini???
tiba-tiba saja persoalan ini bermain di minda ku,,,
adakah hari ini seperti hari-hari yang sebelum'y???
aq sendiri tidak pasti???
mengapakah aq harus memikirkan hari ini???
aq sendiri pun keliru???
hari ini aq telah ditakdirkan begini,,,
mungkin hari esok akan lebih baik lagi???
atau hari esok tetap sama seperti hari ini,,,
yang pasti aq tetap di sini seperti hari ini,,,
hari ini aq ingin berubah,,,
adakah esok aq akan berubah???
atau sekadar cakap-cakap kosong???
yang pasti hari ini aq mesti berubah,,,
semoga esok aq telah berubah,,,
aq ingin berubah,,,
menjadi insan yang berguna,,,
berjaya,,,bahagia,,,
di dunia mahupun di akhirat,,,,
amin,,,,
ada apa dengan hari ini???
mengapa dengan hari ini???
kenapa dengan hari ini???
tiba-tiba saja persoalan ini bermain di minda ku,,,
adakah hari ini seperti hari-hari yang sebelum'y???
aq sendiri tidak pasti???
mengapakah aq harus memikirkan hari ini???
aq sendiri pun keliru???
hari ini aq telah ditakdirkan begini,,,
mungkin hari esok akan lebih baik lagi???
atau hari esok tetap sama seperti hari ini,,,
yang pasti aq tetap di sini seperti hari ini,,,
hari ini aq ingin berubah,,,
adakah esok aq akan berubah???
atau sekadar cakap-cakap kosong???
yang pasti hari ini aq mesti berubah,,,
semoga esok aq telah berubah,,,
aq ingin berubah,,,
menjadi insan yang berguna,,,
berjaya,,,bahagia,,,
di dunia mahupun di akhirat,,,,
amin,,,,
Sabtu, 22 Januari 2011
CINTA
![]() |
| ya Allah,,,jika aq jatuh cinta,,,cintakan lah aq pada seseorang yang cintanya tertaut padamu,,,, agar bertambah keyakinan ku untuk menyintaiMU,,, |
CINTA pada manusia,,,manusia akan mati,,,
CINTAlah pada ALLAH s.w.t,,, kerana Dialah yang kekal abadi,,,
hari ini kita begitu asyik dengan CINTA,,,
CINTA pada harta,,,
CINTA pada dunia,,,
CINTA pada kekasih,,,
sehinggakan Laila Majnun,Romeo dan Juliet jadi idola,,,
kita mengaku yang kita CINTA pada ESA,,,
namun hakikatnya tidak pernah terlintas disanubari,,,
buang emak,,,buang saudara kerana kasih hamba turukan,,,
kita kurang rasa CINTA pada Yang ESA,,,
kita mengaku menyintai ALLAH s.w.t,,,
tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNYA,,,
acap kali kita melafazkan kalimat CINTA,,,
sehingga kita lalai untuk membuktikan CINTA kita pada Yang ESA,,,
sekadar solat lima waktu yang kadang-kala kita abaikan,,,
adakah itu bukti CINTA kita kepada ALLAH s.w.t???
sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja???
atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan ???
itukah yang dipanggil CINTA abadi kepadaNYA???
amalan kita hanya ala kadar saja,,,
sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini,,,
masih jauh lagi untuk membuktikan CINTA kepada ALLAH s.w.t,,,
CINTA sebenar ialah CINTA yang penuh dengan KEIKHLASAN,,,
begitu juga dengan amalan kita kepada ALLAH s.w.t,,,
oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan keCINTAAN kita,,,
mencari REDHA dan KEBERKATAN dariNYA,,,
semoga amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t
amin ya RABB....
kaU,kaWaN,sAhabaT & temaN....
ketika mula bertemu,
terasa bagai telah lama bersua,
kau sambut hulur tanganku,
bertegur sapa penuh mesra,,,,
masa terus berlalu,
dan kita tetap seiring berjalan,
menempuh onak liku,
lalui semua suka dan duka bersama,
biarlah apapun rahsia,
dan kelemahanmu tetap engkau temanku,,,
riangnya saat kita ketawa,
asyik senda dan bercerita,
walau sesekali pandangan kita berbeza,
andainya tetap serupa,,,,
adakalanya kita juga saling terluka,
namun diakhirnya kita tetap bersama,,,
dan kini dipisahkan dua benua,
saling mengejar cita,
tak pernah kulupakan,
detik yang indah bersamamu temanku,,,
ku pasti suatu masa,
engkau dan aku kan bertemu semula,
kembali menjalin detik nan indah,
untuk kenangan bersama,,,,,
terasa bagai telah lama bersua,
kau sambut hulur tanganku,
bertegur sapa penuh mesra,,,,
masa terus berlalu,
dan kita tetap seiring berjalan,
menempuh onak liku,
lalui semua suka dan duka bersama,
biarlah apapun rahsia,
dan kelemahanmu tetap engkau temanku,,,
riangnya saat kita ketawa,
asyik senda dan bercerita,
walau sesekali pandangan kita berbeza,
andainya tetap serupa,,,,
adakalanya kita juga saling terluka,
namun diakhirnya kita tetap bersama,,,
dan kini dipisahkan dua benua,
saling mengejar cita,
tak pernah kulupakan,
detik yang indah bersamamu temanku,,,
ku pasti suatu masa,
engkau dan aku kan bertemu semula,
kembali menjalin detik nan indah,
untuk kenangan bersama,,,,,
Langgan:
Catatan (Atom)












